Monday 2 April 2012

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang.

Salawat dan salam kepada baginda Rasulullah saw dan ahli keluarganya yang suci lagi bersih dari segala kenistaan...........malah dicintai dan dikasihi di dunia dan akhirat

Khasiat minyak zaitun  telah diperakui dan terbukti kebaikan dan keberkesanannya dalam mengubati penyakit. Ia telah diamalkan oleh masyarakat yang bertamadun awal. Sejarah telah mencatatkan penggunaan minyak zaitun telah digunakan sejak 6000 tahun dahulu untuk tujuan perubatan serta kegunaan harian . Khasiat dan kebaikan minyak zaitun juga tercatat didalam al Quran dan sunnah rasul. Ia adalah
sesuatu yang tidak perlu diragukan kesahihannya. Masyarakat kawasan mediteranaen dan timur tengah menggunakan minyak zaitun sebagai diet makanan harian. Mengikut kajian perubatan mereka mempunyai kadar penyakit yang berkaitan dengan kolesterol yang sangat  rendah berbanding dengan negara  lain didunia. Ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang kaya dengan minyak zaitun. Kajian juga turut dijalankan keatas kadar mortaliti penduduk, dimana penduduknya mempunyai kadar kematian yang rendah serta mampunyai  usia yang panjang sehingga lebih seratus tahun.

Apakah yang terkandung didalam minyak zaitun sehingga ianya menjadi bahan kajian serta rujukan  di makmal-makmal perubatan dan merupakan bahan penting dalam industri kosmetik?

Jawapannya ialah kandungan oleic acid yang sangat tinggi sehingga 75%, yang tidak terdapat pada mana-mana minyak lain didunia. Oleic acid merupakan sejenis  antioxidant yang merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada keadaan paling optimum. Menurut kajian perubatan  minyak zaitun mempunyai kadar lemak monounsaturated fat dan polyunsaturated yang tinggi. Seterusnya ia juga mempunyai tidak kurang 24 jenis polyphenols iaitu sejenis antioxidant yang menolong tubuh badan manusia dari serangan “free radical”. Hanya minyak zaitun yang asli sahaja yang mengandungi kadar oleic acid yang tinggi.  

Adakah kualiti minyak zaitun berbeza?

Faktor tanah dan jenis pohon zaitun juga membezakan rasa dan kualiti minyak zaitun. Kajian mendapati hanya pohon zaitun berusia ratusan dan keribuan tahun sahaja yang mempunyai kadar oleic acid sehingga 75%. Lebih tua pohon zaitun itu lebih tinggi khasiatnya. Secara logiknya pohon zaitun yang mencecah ratusan dan ribuan tahun itu tidak menggunakan racun serangga dan ianya adalah pokok organik.Tanah semenanjung sinai  iaitu Palestein dan Lubnan mempunyai ladang pohon zaitun  yang tertua didunia dan mengeluarkan minyak zaitun yang terbaik dan berkualiti tinggi. Akibat peperangan yang berlanjutan pengeluaran minyak zaitun agak terjejas.

Bagaimana minyak zaitun berfungsi dalam tubuh badan manusia?

Sekiranya ada ancaman “free radicals” didalam tubuh badan ,ia akan melawan dengan adanya faktor antioxidant seperti Hydroxytyrosol. Ianya akan meningkatkan system pertahanan tubuh dan memelihara organ dalaman tubuh dengan optimum. Ia juga bersifat anti bacterial, anti fungal dan anti viral kepada jangkitan kuman. Selain itu ia menolong meninggikan paras HDL sejenis kolesterol yang baik, dan diwaktu yang sama merendahkan paras  LDL sejenis kolesterol yang tidak baik, dimana ia membantu penyakit yang berkaitan dengan kolesterol dan kardiovascular.
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squaelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:

"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.

"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.

Pokok zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.Menurut pengamal hadis, setelah taufan Nabi Nuh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kali kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah dari pohon zaitun tua yang berusia lebih 400 tahun malah hingga keribuan tahun berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci. Pohon zaitun yang tua ini n mempunyai kaedah penanaman   bebas  dari penggunaan  sebarang racun serangga   dan penggunaan baja kimia. Ia adlah taman organik sejak ribuan tahun dahulu yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun dibenua mediteranean dan asia barat .  

Biasanya ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun asli tanpa campuran bahan lain. Buah-buah zaitun akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya.Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai ketahanan dari serangan penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
                                                                                     


TERDAPAT 3 JENIS MINYAK ZAITUN

EXTRA/PURE OLIVE OIL
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-2 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk diminum terus dan dijadikan sos salad.

VIRGIN OLIVE OIL
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

OLIVE OIL
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.

Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain. Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.    Pada zaman dahulu Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.

Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.

Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.

Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.

Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun sebanyak tiga kali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai 'olea europea' ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Phalestine dan Morocco.

Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maududi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibnu Majah, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat didalamnya.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai.

Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan. Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat.

Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol’. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.

Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.

Oleh kerana itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi. Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.

Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,

"Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulit. Ia membantu mengubati tujuh puluh penyakit dan juga penyakit Juzam (kusta)."

Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah S.W.T. ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya. Minyak zaitun berkualiti tinggi, khasiat zaman berzaman dan berusia melebihi 6,000 tahun.



                                                                                 


KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9.   Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis(pengerasan saluran arteri).
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone),melalui penghasilan air hempedu yang   banyak.
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan vitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan, tidak kurang daripada 24 jenis                      polyphenols(antioksidan).
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan.
25. Mengubati  penyakit  resdung.
26. Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser..
27. Mengurangkan frekuensi  hot flashes bagi wanita  pre menopause
28. Bertindak sebagai natural painkiller.
29. Sebagai ubat sakit telinga.
30. Mengubati demam panas dengan berkesan tanpa mengambil antibiotik.
31. Bertindak sebagai kolagen asli semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
32. Membantu memecahkan batu karang.
33. Memelihara organ hati dengan dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar. 
34. Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit (psiorisis).
35. Merawat penyakit kencing tak lawas( tak tus).
36. Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi (diabetes).
37. Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.
38. Sebagai rawatan penyakit ulser dalam mulut.
39. Rawatan bagi penyakit sendi dan tulang.
40. Rawatan bagi penyakit asthma, bronkiolitis.
41. Rawatan bagi penyakit angin ahmar/stroke.
42. Rawatan penyakit kusta/sopak.
43. Bertindak sebagai anti viral, anti bacterial, anti fungal.
44. Bertindak menghasilkan hormon pancreatic diorgan pankreas dengan optimum.
45. Sangat baik dari segi kognitif iaitu memberi kekuatan ingatan dan pertuturan yang lancar.
46. Mampu memberhentikan pendarahan yang kronik.
47. Mampu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan nafsu/selera makan.
48. Meningkatkan kadar metabolisme ke paras yang optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.
49. Bertindak memperbaharui sel-sel mati.
50. Bertindak sebagai penapis ultra violet pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit dari    kekeringan.
51. Mampu  mengelakkan penyakit kanser kulit.    
52. Membantu meninggikan tahap  sistem immunisasi badan.
53. Mengurangkan rasa kelesuan/keletihan, memberi kekuatan tenaga.
54. Mampu mengurangkan simptom  post menopause.

CARA PENGAMBILAN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu tiga kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci. Elok dilakukan pada waktu malam.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi. Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
7.  Minyak zaitun hanya boleh dimasak pada suhu rendah dibawah 60 darjah celcius utk mengekalkan zat yang baik.  


 Tips diet seharian yang baik boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang premium.
           
  1. Elakkan pengambilan makanan laut yang bercengkerang seperti ketam , kupang, kerang ,kepah, tiram, lokan,kima,lala, remis( bertindak sebagai filter/ penapis dilaut)
  2. Elakkan makanan dari spesis ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli, pari, ikan duri, ikan mayong(cat fish-laut).  
  3. Elakkan stress.
  4. Makanan diatas mempunyai kadar kolesterol dan merkuri yang tinggi ,ia menyumbang kepada risiko penyakit tinggi kolesterol dan  kerosakkan sel dalam tubuh badan.Merkuri adalah sangat merbahaya dan beracun bagi tubuh badan manusia jika ia diambil pada kadar yang tinggi. Kajian saintifik mendapati kadar merkuri sangat tinggi dalam spesies ikan yang tidak bersisik serta makanan laut yang bercenkerang.
Jadikanlah minyak zaitun sebagai diet amalan atau rutin harian. Hanya minyak zaitun yang mempunyai  sekurang-kurangnya 75% oleic acid (tulen/pure) yang boleh memberikan kita tahap kesihatan yang optimum iaitu ia bersifat merawat dan memulihkan 




          SEMOGA ALLAH MEREDHAI APA YANG KITA AMALKAN MENURUT SUNNAH RASULNYA

6 comments:

  1. Assalam puan..saya ada beli beberapa produk puan..kalau saya nak jadi dealer utk produk2 puan boleh tak sbb saya rasa produk puan sangat bagus dan patut dikongsi dengan ramai org disini yang masih belum mengenalinya..

    ReplyDelete
  2. Salam..puan
    Saya berminat nk beli produk ni..
    Mcmana no order yer?

    ReplyDelete
  3. Salam. Info yg sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga diberkati Allah swt selalu. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 0174687570

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan ubatan paling mujarab , termasuk kencing manis kronik seperti kaki berlubang dan bernanah sehingga tidak perlu dipotong .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr kanser.
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪️Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 sahaja .
    /
    ~~~~~~~~
    ▪️Puan Aspalilah binti Abdullah.
    Pengidap kencing manis bacaan 20 ke atas, kaki luka bahagian betis dan berlubang. Luka sudah berbulan bulan tetapi dengan minum Jus Alam Jutawan herbs, serta 10 paket herba luka kering dalam 10 hari sahaja. Sebelum ni dah berhabis beribu ringgit beli pelbagai jenis produk kencing manis, akhirnya sekarang hanya amalkan Jus Jutawan Herbs, sekejap je dah luka kering. Harga pun mampu beli.

    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    NOTE :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete