Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salawat dan salam kepada baginda Rasulullah saw dan ahli
keluarganya yang suci lagi bersih dari segala kenistaan...........malah dicintai dan dikasihi di dunia dan akhirat
Khasiat minyak zaitun telah diperakui dan terbukti kebaikan dan
keberkesanannya dalam mengubati penyakit. Ia telah diamalkan oleh masyarakat
yang bertamadun awal. Sejarah telah mencatatkan penggunaan minyak zaitun telah
digunakan sejak 6000 tahun dahulu untuk tujuan perubatan
serta kegunaan harian . Khasiat dan kebaikan minyak zaitun juga tercatat
didalam al Quran dan sunnah rasul. Ia adalah
sesuatu yang tidak perlu
diragukan kesahihannya. Masyarakat kawasan mediteranaen dan timur tengah
menggunakan minyak zaitun sebagai diet makanan harian. Mengikut kajian
perubatan mereka mempunyai kadar penyakit yang berkaitan dengan kolesterol yang
sangat rendah berbanding dengan
negara lain didunia. Ia disebabkan oleh
amalan pemakanan yang kaya dengan minyak zaitun. Kajian juga turut dijalankan
keatas kadar mortaliti penduduk, dimana penduduknya mempunyai kadar kematian
yang rendah serta mampunyai usia yang
panjang sehingga lebih seratus tahun.
Apakah yang terkandung didalam minyak zaitun sehingga ianya
menjadi bahan kajian serta rujukan di makmal-makmal
perubatan dan merupakan bahan penting dalam industri kosmetik?
Jawapannya ialah kandungan oleic
acid yang sangat tinggi sehingga 75%, yang tidak terdapat pada mana-mana minyak
lain didunia. Oleic acid merupakan sejenis
antioxidant yang merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada
keadaan paling optimum. Menurut kajian perubatan minyak zaitun mempunyai kadar lemak
monounsaturated fat dan polyunsaturated yang tinggi. Seterusnya ia juga
mempunyai tidak kurang 24 jenis polyphenols iaitu sejenis antioxidant yang
menolong tubuh badan manusia dari serangan “free radical”. Hanya minyak zaitun
yang asli sahaja yang mengandungi kadar oleic acid yang tinggi.
Adakah kualiti minyak zaitun berbeza?
Faktor tanah dan jenis pohon
zaitun juga membezakan rasa dan kualiti minyak zaitun. Kajian mendapati hanya
pohon zaitun berusia ratusan dan keribuan tahun sahaja yang mempunyai kadar
oleic acid sehingga 75%. Lebih tua pohon zaitun itu lebih tinggi khasiatnya.
Secara logiknya pohon zaitun yang mencecah ratusan dan ribuan tahun itu tidak
menggunakan racun serangga dan ianya adalah pokok organik.Tanah semenanjung
sinai iaitu Palestein dan Lubnan
mempunyai ladang pohon zaitun yang
tertua didunia dan mengeluarkan minyak zaitun yang terbaik dan berkualiti tinggi.
Akibat peperangan yang berlanjutan pengeluaran minyak zaitun agak terjejas.
Bagaimana minyak zaitun berfungsi dalam tubuh badan manusia?
Sekiranya ada ancaman “free
radicals” didalam tubuh badan ,ia akan melawan dengan adanya faktor antioxidant
seperti Hydroxytyrosol. Ianya akan meningkatkan system pertahanan tubuh dan
memelihara organ dalaman tubuh dengan optimum. Ia juga bersifat anti bacterial,
anti fungal dan anti viral kepada jangkitan kuman. Selain itu ia menolong
meninggikan paras HDL sejenis kolesterol yang baik, dan diwaktu yang sama
merendahkan paras LDL sejenis kolesterol
yang tidak baik, dimana ia membantu penyakit yang berkaitan dengan kolesterol
dan kardiovascular.
Minyak zaitun yang dihasilkan
dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan
taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan
Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squaelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:
"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.
"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.
Pokok zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.Menurut pengamal hadis, setelah taufan Nabi Nuh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kali kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah dari pohon zaitun tua yang berusia lebih 400 tahun malah hingga keribuan tahun berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci. Pohon zaitun yang tua ini n mempunyai kaedah penanaman bebas dari penggunaan sebarang racun serangga dan penggunaan baja kimia. Ia adlah taman organik sejak ribuan tahun dahulu yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun dibenua mediteranean dan asia barat .
Biasanya ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun asli tanpa campuran bahan lain. Buah-buah zaitun akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya.Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai ketahanan dari serangan penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
EXTRA/PURE OLIVE OIL
Merupakan minyak zaitun paling
murni dengan kadar keasidan 0.5-2 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai
untuk diminum terus dan dijadikan sos salad.
VIRGIN OLIVE OIL
Kandungan asidnya sekitar 4
peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan
atau hidangan tumisan.
OLIVE OIL
Minyak zaitun jenis ini
mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan
biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan
Itali.
RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.
Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain. Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Pada zaman dahulu Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.
Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.
Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.
Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.
Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun sebanyak tiga kali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.
Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai 'olea europea' ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Phalestine dan Morocco.
Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maududi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibnu Majah, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat didalamnya.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai.
Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan.
Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan. Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat.
Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol’. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.
Oleh kerana itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi. Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.
Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,
"Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulit. Ia membantu mengubati tujuh puluh penyakit dan juga penyakit Juzam (kusta)."
Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah S.W.T. ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya. Minyak zaitun berkualiti tinggi, khasiat zaman berzaman dan berusia melebihi 6,000 tahun.
1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah
keracunan.
3. Membantu sistem
penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit
pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut
dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit
garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti
penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga
batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang
membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan
athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser
usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan
lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari
penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis(pengerasan saluran arteri).
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu
(gallstone),melalui penghasilan air hempedu yang banyak.
16. Membantu sistem
penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan
antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan
metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi
kanak-kanak).
19. Membekalkan vitamin E.
20. Membantu mengekalkan
kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid
lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan, tidak
kurang daripada 24 jenis
polyphenols(antioksidan).
23. Sebagai kegunaan masaj
terapi.
24. Membekalkan omega 3, 6 dan
9 pada tubuh badan.
25. Mengubati
penyakit resdung.
26. Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser..
26. Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser..
27. Mengurangkan frekuensi hot flashes bagi wanita pre menopause
28. Bertindak sebagai natural
painkiller.
29. Sebagai ubat sakit
telinga.
30. Mengubati demam panas
dengan berkesan tanpa mengambil antibiotik.
31. Bertindak sebagai kolagen asli
semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
32. Membantu memecahkan batu
karang.
33. Memelihara organ hati
dengan dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar.
34. Membantu merawat penyakit
eczema, radang kulit (psiorisis).
35. Merawat penyakit kencing
tak lawas( tak tus).
36. Merawat penyakit gula
dalam darah yang tinggi (diabetes).
37. Merawat penyakit
kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.
38. Sebagai rawatan penyakit
ulser dalam mulut.
39. Rawatan bagi penyakit
sendi dan tulang.
40. Rawatan bagi penyakit
asthma, bronkiolitis.
41. Rawatan bagi penyakit
angin ahmar/stroke.
42. Rawatan penyakit
kusta/sopak.
43. Bertindak sebagai anti
viral, anti bacterial, anti fungal.
44. Bertindak menghasilkan
hormon pancreatic diorgan pankreas dengan optimum.
45. Sangat baik dari segi
kognitif iaitu memberi kekuatan ingatan dan pertuturan yang lancar.
46. Mampu memberhentikan
pendarahan yang kronik.
47. Mampu mengurangkan berat
badan dengan mengurangkan nafsu/selera makan.
48. Meningkatkan kadar
metabolisme ke paras yang optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.
49. Bertindak memperbaharui
sel-sel mati.
50. Bertindak sebagai penapis
ultra violet pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit dari kekeringan.
51. Mampu mengelakkan penyakit kanser kulit.
52. Membantu meninggikan
tahap sistem immunisasi badan.
53. Mengurangkan rasa
kelesuan/keletihan, memberi kekuatan tenaga.
54. Mampu mengurangkan
simptom post menopause.
CARA PENGAMBILAN
1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu tiga kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
2. Campurkan dua sudu makan
minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut
bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka,
biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci. Elok dilakukan pada
waktu malam.
4. Untuk menghilangkan parut
pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada
anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam
masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan
minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol
tinggi. Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
7. Minyak zaitun hanya boleh dimasak pada suhu
rendah dibawah 60 darjah celcius utk mengekalkan zat yang baik.
Tips diet seharian
yang baik boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang premium.
- Elakkan pengambilan makanan laut yang bercengkerang seperti ketam , kupang, kerang ,kepah, tiram, lokan,kima,lala, remis( bertindak sebagai filter/ penapis dilaut)
- Elakkan makanan dari spesis ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli, pari, ikan duri, ikan mayong(cat fish-laut).
- Elakkan stress.
- Makanan diatas mempunyai kadar kolesterol dan merkuri yang tinggi ,ia menyumbang kepada risiko penyakit tinggi kolesterol dan kerosakkan sel dalam tubuh badan.Merkuri adalah sangat merbahaya dan beracun bagi tubuh badan manusia jika ia diambil pada kadar yang tinggi. Kajian saintifik mendapati kadar merkuri sangat tinggi dalam spesies ikan yang tidak bersisik serta makanan laut yang bercenkerang.
SEMOGA ALLAH MEREDHAI APA YANG KITA AMALKAN MENURUT SUNNAH RASULNYA
good info... suka sangat :D
ReplyDeleteAssalam puan..saya ada beli beberapa produk puan..kalau saya nak jadi dealer utk produk2 puan boleh tak sbb saya rasa produk puan sangat bagus dan patut dikongsi dengan ramai org disini yang masih belum mengenalinya..
ReplyDeleteSalam..puan
ReplyDeleteSaya berminat nk beli produk ni..
Mcmana no order yer?
Salam. Info yg sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga diberkati Allah swt selalu. Aamiin.
ReplyDeleteslm
ReplyDeleteAssalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
ReplyDelete๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ En Mohd Zuhairi- 0174687570
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan ubatan paling mujarab , termasuk kencing manis kronik seperti kaki berlubang dan bernanah sehingga tidak perlu dipotong .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser.
~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~
▪️Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 sahaja .
/
~~~~~~~~
▪️Puan Aspalilah binti Abdullah.
Pengidap kencing manis bacaan 20 ke atas, kaki luka bahagian betis dan berlubang. Luka sudah berbulan bulan tetapi dengan minum Jus Alam Jutawan herbs, serta 10 paket herba luka kering dalam 10 hari sahaja. Sebelum ni dah berhabis beribu ringgit beli pelbagai jenis produk kencing manis, akhirnya sekarang hanya amalkan Jus Jutawan Herbs, sekejap je dah luka kering. Harga pun mampu beli.
~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
NOTE :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring